About Me

My photo
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Arif Rahimi ..13tahun ..SMKSMAB student ..1oo% single ..167cm..

Thursday, 9 June 2011

hari ni !

hari ni mcam besa ar ,, bangket koi 11 45 , bgi aq mmang bgun awai , haha ,, awai la sangad ,, 
paihtu makan ,, abeh2 makan tequih 0n9 ,, bkak2 fb tngok dea tk on9 ,, risaw gila dea tk on9 ,
risau bercampor boring ,,  on9 tnpa dea mcam on9 sorang2 ,,, seyes ar , dea la pnghibor aq ,, aq hntaq mcej kat dea p0n tk reply ,, dea p0n hbaq kmaqin dea "out of credits" aku p0n tunggu la dea 0n9 ,, pastu dalam koi 9 15 malam aq on9 len , on fb tngok dea 0n9 ,, syok tk sngka , macam kera dapat bungaa , haha ,, aku hntaq chat ,, hye , dea pon balas laa , paihtu aq tnya dea ,, tgh wat paaa , dea p0nn kata dea buad keja skulaa ,,aku p0n ckap la kat dea ,, okay laaa , scha buad la hw dluw ,, arif tkmaw gnggu ,, dea tk reply ,, aku p0n off9 tequih laaa ,, boring gilaaa , sbb boring laa aq update post ni ,, k arh ,, ni ja aq dapat share ngan ampaaa , k arh ,, BYEBYE !




credit to : my lurve fren , syasya i'zatti bt azhari

Wednesday, 8 June 2011

KL gangster !

http://www.youtube.com/watch?v=f_69YJGUMd0&feature=player_embedded

FikriAdhiey |: Malaikat Maut Menziarah Manusia Setiap 21 Minit

FikriAdhiey |: Malaikat Maut Menziarah Manusia Setiap 21 Minit: "Bismillahirrahmanirrahim Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A...."

Malaikat Maut Menziarah Manusia Setiap 21 Minit



Bismillahirrahmanirrahim

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!

Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yang Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI
Sentiasalah merenungi hari kematianmu kelak

Sumber : Klik Sini

FikriAdhiey |: Benarkah, Piring Astro Menghala Kaabah?

FikriAdhiey |: Benarkah, Piring Astro Menghala Kaabah?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU?
Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. “Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..